Siakap Keli

(Video) Detik Kanak-Kanak Didakwa Termasuk Lubang Tengah Jejantas Bangunan, Maut Jatuh Dari Tingkat 5

Seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan maut setelah terjatuh dari tingkat lima sebuah kompleks di Penampang, Sabah pada minggu lalu.

Dalam kejadian berkenaan, mangsa bersama kakaknya berjalan berpegangan tangan sambil diikuti ibu mangsa yang merakam telatah mereka.

Tanpa disangka, mangsa terjatuh di dalam lubang pada lantai yang didakwa tidak ditutup di bangunan berkenaan. Kejadian tersebut telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

“Ibu mangsa berada di belakang sambil merakam anak-anaknya yang ceria berlari ke hujung jambatan,” kata bapa saudara mangsa, Roger Chow kepada Daily Express.

Dakwanya, lubang pada penghujung lantai laluan itu tidak ketara dan tidak mempunyai sebarang tanda diletakkan untuk memberi amaran kewujudan ruang berbahaya tersebut.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia pada 4.30 petang di hospital tempatan. Jenazah mangsa diterbangkan ke Batu Pahat, Johor untuk dikebumikan pada Selasa lalu.

Lantaran itu, netizen mengucapkan takziah buat keluarga mangsa.

Takziah buat keluarga mangsa

Jangan kecam ibu mangsa. Ibu budak ni bukan tidak jaga dia. Ada di belakang ambil video sebab gembira anak dia berpegang tangan. Pihak pengurusan bangunan kena bertanggungjawab la sikit.

Tanda pun tiada. Bagi pengguna yang nampak hal sebegini sila laporkan kepada pejabat keselamatan dan kebajikan pengguna.

Dalam video berkenaan, kelihatan seorang wanita mengekori dua orang kanak-kanak melalui jambatan berkenaan.

Situasi menjadi cemas secara tiba-tiba di mana wanita berkenaan dilihat bergegas menuju ke arah dua kanak-kanak terbabit.

Wanita itu segera berpatah balik bersama seorang lagi anaknya dalam keadaan tergesa-gesa dipercayai untuk mendapatkan mangsa.

Semoga keadilan dapat ditegakkan. Takziah buat keluarga mangsa.

Sumber: Daily Express, Senka Sabahan

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.