Siakap Keli

(Video) Digelar Raja Pecut Asia Tenggara, Haiqal Kongsi Rahsia Kejayaan Raih Emas

Semalam, rakyat Malaysia disajikan berita gembira selepas kemenangan Muhammad Haiqal Hanafi dalam acara 100m Sukan SEA di Stadium Olahraga New Clark City. Kemenangan itu bermakna atlet berusia 20 tahun itu telah berjaya menyumbang emas kepada Malaysia.

Dengan kepantasan masa 10.35 saat, Haiqal telah berjaya mengetepikan saingan terdekatnya dari Thailand, Ruttanapon Sowan di tempat kedua. Kemenangan ini lebih manis apabila Haiqal telah digelarkan sebagai raja pecut baharu Asia Tenggara.

Dengan kepantasan tersebut, ramai rakyat Malaysia yang kagum dengan aksi yang dipamerkan oleh atlet muda tersebut. Menerusi tweet terbaru atlet ini, Haiqal telah berkongsikan kepada warga Twitter rahsia kejayaannya.

Dalam tweet berkenaan, Haiqal telah menyenaraikan 5 faktor kejayaannya meraih emas di dalam acara 100 meter dalam saingan Sukan Sea kali ini. Antara rahsia yang disuarakannya ialah menunaikan solat lima waktu sehari semalam.

Ekoran perkongsian itu, rata-rata netizen nyata bersenang hati terhadap rahsia kejayaan raja pecut baharu itu.

“He’s 1st secret! jaga solat, you will get everything”

“Alhamdulillah bro. Terbaik. Semoga berjaya di peringkat yang lebih tinggi. Cuba layakkan diri ke sukan olimpik bos next year”

“Awak laju sangat”

Sumber: haiqalnafiee2

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra