Malaysia dikenali sebagai negara yang semakin terkenal di mata dunia. Perkara ini adalah menerusi kejayaan-kejayaan yang diperolehi dalam pelbagai bidang. Terbaru, rakyat Malaysia digembirakan dengan pengumuman kemenangan Miss Malaysia menerusi kategori Kostum Kebangsaan Terbaik pada Pertandingan Miss Universe 2019.
Walau bagaimanapun, kegembiraan itu tidak berkekalan lama apabila hos rancangan tersebut dipercayai telah tersilap mengumumkan nama pemenang.
Hos terkenal, Steve Harvey telah mengumumkan Miss Filipina sebagai pemenang sedangkan yang berdiri di sebelahnya ialah Miss Malaysia, Shweta Sekhon.
https://www.youtube.com/watch?v=9iMAldUz9Wg
Namun, setelah beberapa jam pengumuman kemenangan tersebut, laman Twitter rasmi Miss Universe telah menyatakan bahawa nama yang diumumkan oleh Steve Harvey adalah benar. Perkara ini membawa makna Miss Universe Filipina, Gazini Ganados adalah pemenang yang sebenar.
.@IAmSteveHarvey had it right: Miss Universe Philippines Gazini Ganados is the winner of the #MissUniverse2019 National Costume competition! Congratulations, Gazini. 🎉 pic.twitter.com/L8DpAyNL9I
— Miss Universe (@MissUniverse) December 9, 2019
Menurut portal media tempatan, Harvey telah menyalahkan teleprompter yang ditayangkan kepadanya.
Biar saya menerangkan sesuatu kepada anda, saya hanya membaca di teleprompter.
Kostum Malaysia yang diberi nama A Peranakan Indulgence telah mendapat sentuhan, Carven Ong pereka Malaysia yang diilhamkan oleh warisan yang kaya dengan masyarakat Peranakan dan tradisi perkahwinan.
Sumber: CNA / Miss Universe