Siakap Keli

(Video) Pemandu Ramah Tegur Setiap Penumpang Naik Bas Dipuji

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mungkin kita sering menganggap bahawa memberikan kegembiraan dan kebahagian kepada orang lain memerlukan pergorbanan yang sangat besar sehingga terkadang kita tidak mampu menunaikannya.

Menjadi positif, berbudi bahasa dan bersopan santun juga merupakan salah satu aura yang bukan sahaja boleh menggembirakan orang di sekeliling namun diri sendiri juga.

Perkara ini terbukti dengan video yang tular di laman media sosial Twitter yang memperlihatkan seorang pemandu bas sangat ramah menyapa penumpang-penumpangnya.

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh Muzaimah, pemandu tersebut merupakan pemandu bas terbaik yang pernah dijumpainya.

Dia menyapa saya dengan sangat baik, “Hello adik sihat ke, nak pergi mana”

Terkadang, kita mungkin tidak sedar bahawa tindakan kecil sebegitu mampu membuatkan hari-hari seseorang menjadi lebih positif dan bermakna.

Rata-rata warganet juga memberikan reaksi yang positif dan berharap lebih ramai lagi pemandu bas di Malaysia yang bersikap sedemikian.

Sumber: Muzaimah

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra