Siakap Keli
Kredit: Jurnal Warga/Jefferson Ganuelas

(Video) Lepaskan Peluang Emas Demi Selamatkan Peluncur Lawan Hampir Kelemasan, Atlet Filipina Dipuji Netizen

Sanggup lepaskan peluang memenangi emas, seorang atlet Filipina memenangi hati orang ramai setelah menyelamatkan pesaingnya daripada lemas.

Peluncur air Filipina, Roser Casugay tanpa membuang masa membantu peluncur Indonesia, Arip Nurhidayat ketika perlawanan longboard lelaki Sukan Sea Filipina di La Union.

Dalam kejadian berkenaan, Arip nyaris lemas akibat dihanyutkan ombak tinggi apabila tali di pergelangan kakinya (surfboard leash) putus sebelum diselamatkan Roser.

Tindakan mulia peluncur itu mendapat pujian dan penghargaan daripada netizen termasuk rakyat Indonesia sendiri.

Biarpun menerima pujian daripada orang ramai dan memanggilnya hero, Roger memilih untuk merendah diri.

“Saya bukan hero. Saya tidak selamatkan dia dari lemas. Dia seorang perenang yang baik. Saya cuma tenangkan dia,” kata Roger seperti dilaporkan Quartz.

Menganggap atlet dalam peluncuran sebagai saudara, Roser berkata mereka perlu saling membantu apabila seseorang memerlukan bantuan.

“Saya tak fikirkan tentang kemenangan dan saya cuma lega kami berdua selamat. Kami amat gembira bila tiba ke daratan,” katanya lagi.

Detik keemasan itu berjaya dirakam dan dikongsi oleh beberapa laman di media sosial.

https://www.facebook.com/watch/?v=2185409138420937&external_log_id=dbd57546566fbbe1c9f5c989c52baef3&q=roser%20casugay

https://www.facebook.com/boyaguimat/videos/599231454237730/?v=599231454237730&external_log_id=a0b97b462422206d60c932fcf5678d34&q=roser%20casugay

Tetap menang emas

Benarlah kalau rezeki tidak ke mana. Tetap juara, Roger memenangi emas dalam perlawanan semula bersama Arip Nurhidayat semalam (8 Disember).

https://www.facebook.com/watch/?v=1155845174621410&external_log_id=cdbeed50ec044d4c1d6c9ef084753230&q=roser%20casugay

Sikap inilah yang harus kita contohi dalam setiap aspek kehidupan bersama orang sekeliling. Benda boleh sama-sama maju, kenapa nak jatuhkan?

Sumber: Sinar Harian, Quartz, Jefferson Ganuelas

Amira

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.