Siakap Keli

Virus Ditakuti & Boleh Membunuh, Ini Info Penting Penyakit Polio Mak Ayah Wajib Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Polio atau nama penuhnya poliomielitis adalah sejenis penyakit yang boleh menyebabkan pesakit yang menghidap penyakit ini mengalami masalah lumpuh. Ianya berpunca daripada penyakit berjangkit yang disebabkan oleh poliovirus.

Penyakit ini boleh menyebabkan kelemahan otot yang mengakibatkan ketidakupayaan pesakit untuk bergerak. Penyakit ini boleh memberikan komplikasi seumur hidup dan juga boleh menyebabkan kematian ke atas setiap pesakitnya.

@aensaari merupakan seorang doktor telah berkongsi serba sedikit mengenai penyakit ini. Peringatan dan penyampaian yang disampaikan juga mudah difahami supaya masyarakat lebih berjaga-jaga dan mengambil serius mengenai perkara ini.

Poliovirus adalah sejenis penyakit yang sangat mudah untuk merebak. Penyakit ini boleh disebarkan melalui virus  cecair badan ataupun najis.

Pesakit yang mengalami penyakit polivirus boleh menyebabkan pesakit boleh diserang lumpuh kerana virus tersebut telah menyerang sel otak dan juga saraf tunjang mereka.

Penyakit ini juga boleh menyebabkan kematian kerana ianya akan melemahkan otot pernafasan sehingga pesakit tidak boleh bernafas langsung.

Penyakit ini telah muncul sejak zaman mesir purba lagi. Namun, pada ketika itu tiada pencegahan yang telah ditemui keatas penyakit ini.

Ramai yang telah terkorban disebabkan penyakit ini terutama bagi golongan kanak-kanak. Vaksin polio ini muncul pada sekitar tahun 1954-1955.

Sumber: Dr. Aen

Siti Natrah Jusof