Siakap Keli
Gambar: Khao Sod

Bagi Semua Selimut Kepada Anak, Bapa Mati Kesejukan Ketika Tidur

Kasih sayang seorang ayah tiada penghujungnya. Itulah kata-kata yang dapat digambarkan kepada seorang lelaki bergelar bapa setelah dia meninggal dunia selepas menjaga anaknya perempuannya. Bapa berkenaan dikatakan meninggal dunia selepas ingin memastikan anaknya tidak kesejukan ketika hendak tidur.

Lelaki yang berusia 38 tahun itu ditemui mati oleh anak perempuannya yang berusia lapan tahun pada waktu pagi. Dia telah cuba untuk membangunkan bapanya namun terpaksa akur bahawa bapanya telah meninggal dunia.

Gambar: Khao Sod

Suhu di wilayah Bueng Kan yang terletak di timur laut Thailand telah turun sehingga 9 darjah Celcius pada malam itu. Namun, keluarga itu hanya mempunyai tiga helai selimut sahaja.

Ditambah pula dengan keadaan rumah yang tidak lengkap sepenuhnya, ianya menambah kesejukan pada penghuni rumah berkenaan. Menurut laporan media tempatan, rumah berkenaan tidak mempunyai pintu dan tingkap.

Lelaki berkenaan yang menganggap bahawa dirinya dapat bertahan dengan cuaca yang sejuk telah memberikan semua selimut kepada anaknya. Dia akhirnya tidur di atas tikar dengan hanya berpakaian baju lengan panjang berserta seluar pendek.

Gambar: Khao Sod

Anak perempuannya yang terjaga di tengah malam telah meletakkan selimut pada tubuh badan bapanya selepas melihat bapanya dalam kesejukan. Namun, pada keesokan harinya telah mendapati bapanya meninggal dunia.

Menurut pemeriksa perubatan, lelaki tersebut mati kerana tubuhnya tidak dapat menyesuaikan diri dengan penurunan suhu pada waktu malam.

Sumber: Asia One

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra