Siakap Keli

Pingat Emas Malaysia Dikembalikan Semula

Sebelum ini kita disajikan dengan penarikan semula pingat emas yang dimenangi oleh atlet gimrama negara, Izzah Amzan menerusi acara riben yang berlangsung di Kompleks Sukan Rizal Memorial.

Ekoran daripada itu, Malaysia telah bertindak menghantar surat bantahan rasmi kepada Jawatankuasa Penganjur Sukan Sea Filipina (PHISGOC) menerusi Chef de Mission kontijen Malaysia berhubungan penarikan pingat itu.

Usaha itu nampaknya membuahkan hasil apabila Ketua Kontijen Negara Sukan SEA (CDM), Datuk Megat Zulkarnain Omardin mengesahkan Izzah memperolehi semula pingat emas yang dimenanginya. Tambah Megat, penganjur telah bersetuju dengan klausa buku peraturan Sukan SEA dan menerima protes yang dikemukakan oleh Malaysia.

Dengan pengesahan ini, ia bermakna Malaysia memperolehi tambahan 1 pingat emas yang sebelum ini telah ditarik balik.

Sumber: Astro AWANI

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra