Siakap Keli

Dari Akar Umbi, Kisah Hidup Bola Nik Akif, ‘Si Cilik’ Icha Yang Ramai Tak Tahu

Bila sebut pasal MILO mesti korang terus teringat dengan air MILO yang bermalt coklat  yang  sedap dan bertenaga tu kan? Tapi sebenarnya bukan tu sahaja yang MILO sumbangkan untuk rakyat Malaysia. Untuk pengetahuan korang, MILO juga ada menjalankan program MILO Hidup Bola bagi mengasah bakat pemain-pemain bola muda untuk mewakili negara ke kejohanan sukan antarabangsa.

Antara pemain-pemain kelahiran Program MILO Hidup Bola ialah Nik Akif Syahiran Nik Mat, pemain bola sepak bawah 22 tahun dan juga pemain futsal cilik Nur Alya Marissa Nur Al Fatah atau lebih mesra disapa Icha. Kedua-dua pemain ini membuktikan Program MILO Hidup Bola ternyata berkesan kerana berjaya melahirkan atlet-atlet untuk menyumbang kepada negara.

Kebanyakkan atlet Malaysia ketika ini sedang mengerah keringat beraksi di Sukan Sea edisi ke-30 di Manila, Filipina. Malaysia mempertaruhkan 773 atlet dan 396 daripadanya atlet muda yang pertama kali membuat penampilan di Sukan Sea kali ini. Salah seorang daripadanya ialah Nik Akif Syahiran Nik Mat berusia 20 tahun yang beraksi dalam acara bola sepak lelaki dibawah bimbingan Dato’ Ong Kim Swee. Pemain yang dilahirkan di Kelantan ini, semakin menempa nama dalam Liga Malaysia dan juga pentas antarabangsa.

Beliau memulakan karier bola sepaknya dengan sukan futsal dan bergiat aktif dalam carnival futsal terbesar di Malaysia, MILO Hidup Bola pada tahun 2014 hingga 2015. Pada waktu itu, beliau turut mewakili pasukan MILO untuk mewakili Malaysia menentang pasukan Chonburi FC dari Thailand pada tahun 2014. Selepas setahun lepas itu Nik Akif membuat peralihan ke bola sepak dan mewakili negeri dan diserap masuk ke pasukan bawah 23 negara dibawah bimbingan Datuk Ong Kim Swee. Atas sokongan ibu bapa dan tidak dilupakan program MILO Hidup Bola yang menjadi batu loncatan untuk Nik Akif menyinar di pentas antarabangsa sehingga mewakili negara di Sukan Sea Manila 2019.

Seorang lagi bakat yang diasah dibawah Program MILO Hidup Bola iaitu Nur Alya Marissa Binti Nur Al Fatah atau lebih dikenali sebagai Icha. Anak kelahiran Sungai Petani, Kedah, Icha salah seorang daripada 8 pemain cilik Malaysia yang diterbangkan ke Barcelona, Sepanyol untuk mewakili pasukan bola sepak MILO Malaysia ke Kejohanan Bola Sepak MILO Champions Cup B-12 pada bulan Julai lalu. “Kecil-kecil cili padi,” dengan bertubuh kecil, Icha berjaya menyumbat 5 gol dalam kejohanan tersebut namun nasib tidak menyebelahi pasukan MILO Malaysia kerana tewas di suku akhir.

Beliau tidak biarkan tubuh kecil menjadi penghalang untuk beliau menyinar dan sokongan ibu bapa dan guru-gurunya memberikan tonik tambahan untuk beliau bersemangat dan tidak lupa juga Program MILO Hidup Bola yang menjadi pemangkin kepada karier muda beliau sebagai pemain bola sepak dan futsal.

Kisah Nik Akif dan Icha ini hanya sebahagian daripada usaha MILO untuk melahirkan atlet-atlet bertaraf antarabangsa bagi memartabatkan pembangunan sukan negara bermula dari peringkat akar umbi selama lebih 60 tahun. Selain MILO Hidup Bola, MILO dibawah kempen MILO Aktif Negaraku merangkumi sukan lain seperti MILO Champions Clinic dan MILO Activ-Jam Senam Aerobik. MILO turut bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) sejak lebih 40 tahun dan melahirkan atlet-atlet berwibawa termasuk yang beraksi di Sukan Sea Filipina kali ini. Untuk maklumat lanjut sila klik SINI

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)