Siakap Keli
Kredit: CNN/Dazed

Finland Lantik Perdana Menteri Termuda Di Dunia, Bakal Terajui 4 Parti Utama Di Negaranya

Pada usia semuda 34 tahun, Sanna Marin bakal dilantik menjadi perdana menteri Finland minggu ini sekaligus menjadikannya perdana menteri termuda di dunia.

Sanna yang mewakili Parti Demokratik Sosial menggantikan pemimpin parti berkenaan, Antti Rinne yang meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

Beliau bakal menerajui empat parti yang kesemuanya dipimpin oleh wanita di mana tiga daripadanya di bawah 35 tahun.

Selain itu, beliau bakal menjadi perdana menteri wanita ketiga dalam negara-negara Nordik.

Antara perdana menteri termuda di dunia adalah PM New Zealand, Jacinda Ardern, 39 dan PM Ukraine, Oleksiy Honcharuk, 35.

Sumber: BBC, Sky News

Amira

Love yourself.