Siakap Keli

“Mak Akan ‘Call’ Mintak Benda Bukan-Bukan”, Wanita Luah ‘Mertua Melampau’ Ambil Kesempatan

Topik berkaitan ibu mertua sentiasa menjadi bualan hangat yang menjadi kerisauan bagi bakal-bakal menantu terutamanya menantu perempuan.

Walaupun mungkin segala rasa tidak puas hati dengan ibu mertua merupakan satu masalah dalaman yang tidak perlu disebarkan kepada umum namun kita telah ‘dihidangkan’ dengan pelbagai kisah negatif berkaitan dengan topik ini.

Sekali lagi, laman Facebook Kisah Rumah Tangga memaparkan satu luahan seorang wanita berkaitan karenah ibu mertuanya.

Setiap kali gaji mesti mak mertua mesej sehari sebelum mintak balik kampung. Setiap bulan mcm tu.

Rumah saya dengan mertua dalam 2 jam. Saya dan suami bekerja gov.. setiap kali gov gaji mesti mak mertua mesej sehari sebelum mintak balik kampung. Setiap bulan mcm tu. Duit bulan² bagi. Suruh kami balik sebab dia mintak belikan barang dapur.

Setakat asas tu ok bagi kami. Ni beli nuget, sosej, aiskrim magnum atau walls, ayam goreng frozen, fries (kalau boleh semua yang ada jenama). Tak nak makan yang timbang². Tu semua untuk anak dia yang malas nak kerja, duduk rumah makan tidur. Lepas beli barang tu dia pesan untuk bagi duit belanja untuk adik dia. Alasan dia tak ada pendapatan.

Cukup sihat walafiat tapi tak nak keje cari duit klu dah tahu selera makan tu besar sangat. (Mertua pun selera makan high class) adik dia perempuan bujang tapi mak dia cakap tak keje pun tak pe. Nanti dah kahwin suami tanggung.

Mertua bagi tau, kalau dapat gaji kena dahulukan kebajikan mak ayah, sebab tu mak nak menantu perempuan biarlah bekerja & bantu suami tanggung family belah mertua. Saya tak boleh nak brain dengan ayat ni. Anak sendiri x bagi kerja cari duit. Ipar balik tahu nak mintak je apa dia nak. Stress

Bila saya sebagai menantu perempuan, dia mintak saya keje bantu suami. Tapi anak perempuan sendiri mertua tak bagi keje. Sampai kan dia mintak saya buat part time bantu suami. Bulanan gaji saya dan suami bila simpan je keluar balik.

Mak mertua akan call mintak benda bukan² contohnya drill tebuk dinding tapi nak brand bosch sahaja. Tak nak brand murah². Harga rm50 tak pe. Ni harga rm200+ kot. Kami bukan hidup senang. Tp dia tak nak duit anak dia habis dekat isteri & anak. Isteri bekerja boleh beli keperluan sendiri dan anak. Duit suami saya hanya untuk mak ayah sahaja.

Kadang bergaduh dengan suami sebab mak ayah die yg selalu desak kami. Saya keje tak ada la bagus sangat, tapi setakat tak menyusahkan suami kira ok la. Kereta dan moto saya yang beli. Tapi yang sedihnya bila mertua cakap dengan suami yang mertua kalau boleh nak menantu yg keje berpangkat & berduit. Senang nak mintak tolong

Adakah mertua minta suami saya kahwin lagi 1.???
Sedihnya saya dengar.. tak cukup ke pengorbanan saya selama ni bantu suami dengan family mertua 

Kisah ini juga mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang rata-ratanya geram dengan sikap ibu mertua wanita tersebut.

Sumber: Kisah Rumah Tangga

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra