Siakap Keli
Kredit: Google

Pencipta ‘Barcode’ Meninggal Dunia

North Carolina, Amerika Syarikat – Individu pencipta Universal Product Code (UPC), George J. Laurer meninggal dunia pada usia 94 tahun Khamis lepas.

Jurutera elektrikal yang bekerja dengan IBM selama lebih 30 tahun itu telah menghasilkan puluhan paten untuk peralatan komputer dan imbasan, salah satunya mesin pengimbas barcode yang digunakan dalam bidang peruncitan.

Kebolehan beliau mula dikenalpasti pengajarnya ketika menyertai sekolah teknikal untuk mempelajari pembaikpulihan radio dan televisyen. Menyedari bakat pelajar tersebut, gurunya menyuruh George untuk melanjutkan pelajaran ke kolej kejuruteraan.

Beliau telah mendapat anugerah Raleigh (NC) Inventor ketika menuntut di Universiti Maryland.

Pengebumian George dijalankan pada Isnin lalu di Wendell, North Carolina.

Sumber: ABC7News

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.