Siakap Keli
Gambar: Twitter

“Permata Tersembunyi”, Hadir Sebagai Pengganti, Kisona, Haiqal Buat ‘Comeback’ Raih Emas

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebelum ini, kita digembirakan dengan pencapaian pingat emas yang disumbangkan oleh atlet olahraga dan badminton wanita. Atlet yang dimaksudkan ialah Haiqal Hanafi dan Kisona Selvaduray yang masing-masing bersaing dalam acara larian 100 meter dan badminton perseorangan wanita.

Kemenangan pingat emas berkenaan sememangnya menjadi kebanggaan bagi seluruh rakyat Malaysia. Namun disebalik itu, muncul ‘permata yang tersembunyi’ yang selama ini tidak pernah dikenali oleh rakyat Malaysia.

CERITAKANLAH CERITA INI KEPADA ANAK2 KITA….

Ya, betul. Apakah persamaan antara Haiqal Hanafi & Kisona Selvaduray ?

Mungkin tuan-puan akan mengatakan yang kedua2 nya menang pingat emas Sukan SEA 2019. Seorang 100meter, seorang lagi badminton single.

Betul.

Namun sebenarnya ada ceritera yang lebih menarik.

Dua2 muda. Haiqal baru 20, Kisona 21. Dua2 juga pergi ke Sukan SEA sebagai atlit gantian. Mereka bukan pilihan utama. Atlit yang sepatutnya bertanding cedera.

Dua2 hampir tidak dikenali sebelum ini. Tiada dalam radar berita sukan sensasi tanahair. Dua2 juga tentulah bukan atlit dengan ranking tertinggi sebelum Sukan SEA. Tiada harapan disandar.

Acara pecut lebih agongkan Russel, J Nyepa & Khairul Hafiz Jantan. Badminton single wanita tentunya lebih melihat Goh Jin Wei & Sonia Cheah.

Haiqal & Kisona seakan permata yang tersembunyi. Menunggu masa untuk menyinar. Bila diberi peluang.

Maka beritahulah pada anak2 kita – sekiranya mereka belum dapat peluang mereka, teruslah berusaha.

Sekiranya orang di sekeliling mereka beritahu mereka yang mereka kurang bagus, jangan putus asa. Terus berusaha.

Dan, sekiranya orang menolak mereka atas sebab bakat – percayalah bakat boleh diatasi dengan kerja keras!

Seperti cerita Haiqal. Seperti cerita Kisona.

Haiqal pernah bercakap tentang catatan 10.35saat sebelum ini. Namun tidak pernah diberi cukup peluang. Dan di Sukan SEA, dia betul-betul melakukan 10.35s seperti yang dicanangnya! Yang orang lain anggap seperti cita-cita Mat Jenin untuknya sebelum ini.

Kisona pula sedar dia bukanlah a fancy player. Dia hanya turun ke gelanggang dengan 2 gameplan – cuba ambil semua bola & tidak menyerah kalah. Kerana apa yang akan berlaku pada akhir perlawanan, tiada siapa yang tahu!

Ini adalah 2 cerita Cinderella yang sangat menarik untuk dicerita pada anak-anak kita.

Peace.

#notasukan
#SukanSEA2019

Sumber: Mohszin Mokhtar

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra