Siakap Keli
Kredit Foto: facebook

Selamatkan Kucing Jatuh Dalam Longkang, Tindakan Lelaki Ini DiPuji

Buat masyarakat yang cintakan haiwan pasti tak senang duduk jika ternampak haiwan yang dalam kesusahan. Seorang lelaki terjun kedalam sebuah longkang hanya untuk menyelamatkan seekor kucing yang terjatuh ke dalamnya wajar di beri pujian.

Banyak kes yang kita lihat pada hari ini menyebabkan segelintir masyarakat yang bertindak menganiaya binatang. Tidak semua manusia yang tidak mempunyai belas kasihan terhadap binatang dengan melakukan penyeksaan hanya kerana ianya haiwan.

Masih ramai manusia yang mempunyai sifat sayang yang menebal dalam diri terhadap haiwan biarpun ianya hanya haiwan jalanan. Haiwan juga mempunyai sifat ingin disayangi seperti manusia.

Seekor kucing telah terjatuh ke dalam sebuah longkang yang agak dalam sehingga menyebabkan dirinya tidak dapat keluar daripada longkang tersebut.

Kredit Foto: facebook

Pujian harus diberikan kepada seorang lelaki yang sanggup terjun ke dalam longkang yang pastinya agak berbau untuk menyelamatkan seekor kucing yang terjatuh itu.

Lelaki tersebut kelihatan masih bertopi keledar dan berselipar terjun ke dalam longkang di mana tempat kucing tersebut jatuh.

Namun, lelaki tersebut telah turun ke dalam longkang tersebut dengan berkaki ayam hanya biarpun tempat tersebut kotor.

Sikap sebegini harus dipuji dan dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat kini supaya sifat cinta dan sayangkan haiwan ada dalam diri setiap masyarakat.

Sumber: Bengkel Les Jasa Palma

Siti Natrah Jusof