Siakap Keli

“Tempat Kami Untuk Berikan Bantuan Baru Saja Di Bom” – HUDA Malaysia

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tidak kira kerajaan dan NGO, Malaysia menjadi antara negara yang sentiasa menyumbangkan bantuan kepada mangsa-mangsa di negara bergolak seperti di Syria dan Palestin.

Keprihatinan rakyat Malaysia terhadap mereka sememangnya tidak berbelah bahagi sehingga dipuji oleh masyarakat Islam dunia.

Misi bantuan yang dilakukan bukan sahaja memperuntukkan pelbagai kelengkapan namun keberanian dan semangat yang kuat juga diperlukan bagi menghadapi sebarang kemungkinan di negara-negara bergolak tersebut.

Melalui laman media sosial Twitter, pertubuhan Huda Malaysia menceritakan detik-detik mendebarkan yang dihadapi oleh Presiden dan pengasas pertubuhan itu, Muhammad Jantan serta ahli mereka dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat Syria.

Pun begitu, keterujaan mereka untuk menyalurkan bantuan terbantut kerana tempat yang akan didatangi mereka dipercayai baru sahaja di bom.

Masing-masing manfaatkan masa yang ada untuk mesej kepada keluarga dan kenalan.

Dapat maklumat tempat yang kami akan datang untuk berikan bantuan baru sahaja di bom

Sumber: Huda Malaysia, Muhammad Jantan

 

 

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra