Siakap Keli
Gambar: BEP

(Video) Black Eyed Peas Dedikasi Lagu ‘Where Is The Love’ Kepada Rakyat Malaysia

Kembali kepada puluhan tahun kebelakang, generasi 90-an sudah pastinya mengetahui sebuah lagu yang bertajuk Where Is The Love. Lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Hip Hop terkenal, Black Eyed Peas pernah menjadi fenomena apabila dinyanyikan oleh kebanyakan orang.

Namun, lagu yang sentiasa berlegar di mulut anak muda tidak pernah disangka-sangka akan didedikasikan kepada rakyat Malaysia. Perkara ini disampaikan sendiri oleh Will.I.Am salah seorang penyanyi kumpulan tersebut ketika membuat persembahan.

Menurutnya, dia tersentuh dengan bantuan rakyat Malaysia yang diberikan kepada Indonesia ketika negara itu dilanda tsunami pada tahun 2005.

Menerusi perkongsian rakaman oleh seorang warga Twitter, Will.I.Am menceritakan pengalamannya ketika melihat Malaysia memberikan bantuan bencana kepada rakyat Indonesia yang terjejas.

Biar saya beritahu anda sesuatu, kenapa saya  terlalu sayangkan Malaysia. Pada tahun 2004, sesuatu yang dasyat berlaku, bencana alam berlaku di Indonesia, di bandar Acheh. Tsunami melanda dan telah mengambil banyak nyawa.

Tsunami 2004 aftermath. Aceh, Indonesia, 2005. Photo: AusAID

Pada tahun 2005, saya terbang kembali ke Malaysia pada tarikh lahir saya, 15 Mac ketika Malaysia sedang giat menghantar bantuan tsunami di Indonesia.

Itu salah satu magik, menyentuh hati dan pengalaman yang sangat membuka mata. Dan saya ingin berterima kasih kepada orang Malaysia yang membantu orang Indonesia.

Walaupun ianya berlaku pada tahun 2005, ianya merupakan satu peristiwa yang sangat indah. Dan sekarang saya mula sedar tidak perlu bertanya ‘where is the love’ kerana love mempunyai di sini di Malaysia.

Selepas kata-kata pujian itu diberikan, kumpulan Hip Hop itu terus menyanyikan lagu “Where Is The Love” sebagai tanda mendedikasikan bantuan Malaysia kepada Indonesia pada waktu itu.

Sumber: Twitter ImranSyaffi

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa