Siakap Keli

(Video) Cederakan Pemain Indonesia, Instagram ‘Player’ Vietnam Diserang

Kemeriahan Sukan SEA 2019 di Filipina pada malam ini ditumpukan pada perlawanan akhir bagi acara bola sepak yang menemukan pasukan Vietnam menentang Indonesia. Di akhir perlawanan, Vietnam telah berjaya menumpaskan pasukan Indonesia dengan jaringan 3-0.

Namun, apa yang menjadi perhatian di media sosial adalah terjahan keras pemain Vietnam terhadap pemain Indonesia sehingga menyebabkan kecederaan. Insiden yang berlaku pada minit ke 21 itu memperlihatkan Evan Dimas cedera setelah dipijak kakinya oleh Doan Van Hau.

Lebih menambahkan kemarahan netizen Indonesia, pengadil perlawanan tidak mengenakan sebarang kad kepada pemain Vietnam itu.

Menerusi ruangan Twitter, rata-rata netizen kesal dengan tindakan pemain muda itu yang terus beredar daripada pemain yang baru sahaja dicederakannya. Tidak cukup setakat itu, segelintir netizen Indonesia telah berkongsikan akaun Instagram milik Doan Van Hau di ruangan Twitter.

Disebabkan itu, netizen daripada Indonesia dilihat menyerang akaun Instagram milik Doan Van Hau kerana tidak berpuas hati dengan tindakannya.

Sumber: VFC Indonesia / doanvanhau_1904

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra