Siakap Keli

Wanita Sempat Rakam Muka Lelaki Intai Bawah Pintu Tandas

Golongan wanita sering terdedah kepada pelbagai bahaya terutamanya ketika berada di tempat awam. Seperti kejadian berlaku di Thailand, wajah seorang lelaki telah berjaya dirakam ketika dia dipercayai cuba mengintai seorang wanita di dalam tandas.

Walau bagaimanapun, usahanya gagal apabila mendapati wanita berkenaan sedang merakam perbuatan terkutuknya itu. Keadaan pintu tandas yang mempunyai ruang di bawah yang cukup luas telah menyebabkan lelaki berkenaan bertindak demikian.

Sebelumnya, wanita berkenaan menyedari bahawa bahagian bawah pintu tandas itu agak luas. Disebabkan itu, dia telah mengeluarkan kameranya dan merakam apa yang sebenarnya terjadi di sebalik pintu.

Kemudian, wanita tersebut terkejut apabila mendapati seorang lelaki telah cuba mengintainya yang berada di dalam tandas melalui bahagian terbuka. Dia yang sedang merakam keadaan itu telah berjaya melihat dengan jelas wajah suspek.

Menyedari dirinya dirakam, lelaki berkenaan dilihat beredar dari tempat tersebut. Kejadian seperti ini sememangnya sangat bahaya terutamanya bagi golongan wanita. Oleh itu, diharapkan agar setiap orang khususnya wanita sentiasa berwaspada ketika menggunakan kemudahan awam seperti tandas.

Sumber: Facebook

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.