Siakap Keli
Gambar: searchenginejournal

Google Dedah Senarai Carian Terbanyak Sepanjang Tahun 2019

Boleh dikatakan setiap hari kita menggunakan perkhidmatan carian Google untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Pelbagai carian boleh dilakukan tidak kiralah bagi kategori apa termasuklah hiburan, sukan, isu semasa dan ilmu pengetahuan.

Pada hari ini, Google telah mengumumkan beberapa kata kunci carian terhangat yang diakses di Malaysia. Dengan menggunakan palang #YearInSearch2019, pelbagai kata kunci carian yang dapat dikenal pasti terutamanya di Malaysia.

Antara kategori carian yang dikeluarkan oleh pihak Google adalah dalam kategori Carian, Berita, Orang, Filem, TV, Muzik, Gajet, Sukan dan Resipi. Antara keputusan kata kunci yang paling banyak dicari oleh pengguna Malaysia adalah Joker melalui kategori Filem dan Senorita bagi kategori Muzik.

Melalui kategori Berita pula, pengguna di Malaysia banyak membuat carian terhadap kata kunci Indeks Pencemaran Udara (IPU). Bagi kategori Sukan pula, kata kunci yang paling banyak mendapat akses di Malaysia ialah Copa America 2019.

Bagi mengetahui lebih banyak kata kunci yang terhangat di Malaysia, anda boleh layari pautan ini dan dapat melihat senarai penuh yang dikeluarkan oleh Google.

Sumber: Google Trends

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra