Siakap Keli

“Akhirnya Keseorangan…”, Nurse Terkedu, Dakwa Ramai Gadis Datang Klinik Minta Ubat ‘Cuci’ Akibat Termakan Pujuk Rayu Lelaki

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Gejala sosial ibarat barah yang merosakkan masyarakat dalam diam. Disaluti dengan budaya hedonistik yang kononnya membawa kegembiraan dan kebahagiaan, barah ini membuatkan kebanyakan kita hanya tersedar setelah hakikat kepahitan menghantuk fikiran.

Seorang gadis baru-baru ini mendedahkan pengalamannya bekerja sambilan sebagai jururawat di sebuah klinik di semenanjung tanah air.  Menurutnya, sepanjang dia bekerja di sana, dia sering menerima kunjungan anak muda yang ingin membeli ubat menggugurkan kandungan.

Walaubagaimanapun katanya, pihak klinik menolak untuk melakukan sebarang prosedur mahupun menjual ubatan berkaitan.

Mari kita baca perkongsiannya.

bayi dalam kandungan
Kredit: Google

Sekarang ni aku dalam FYP, 3 bulan buat kat rumah je jadi aku ambil keputusan untuk cari kerja untuk penuhkan masa jadi aku dapat, jadi jururawat. Bermulalah hari-hari aku siang kerja malam siapkan FYP.

Tapi apa yang menyedihkan aku sepanjang bekerja, anak-anak Melayu kita terutamanya perempuan datang ke klinik minta ubat nak “cuci”.

Bukan satu bukan dua, ada yang datang dengan pasangan. Ada yang datang penuh sesalan, ada yang tak keruan, ada yang si lelaki lagi banyak bercakap, yang perempuan diam sahaja (entah apalah yang difikir dalam hati) dan ada yang nampak selamba.

Sedih.

Aku selalu dengar benda-benda ni tapi tak pernah berdepan dalam dunia sebenar. Bila makin lama aku kerja sini, aku kasihankan manusia yang bernama ‘perempuan’.

Gynea
Depression
Abortion

Akhirnya, perempuan juga yang berdepan. Keseorangan. Tanggung sorang-sorang.

Pesan aku, yang bergelar gadis, wanita, perempuan. Jagalah diri baik-baik.

Penat? Rehatlah. Manjakan diri. Jangan paksa dengan bebanan kerja, penat jaga anak dan perancangan keluargalah.

berehat santai
Gambar hiasan. (Kredit: Dwell)

Jaga maruah, berkawan boleh tapi jangan termakan dengn pujuk rayu lelaki. Memang bila makin dewasa kita inginkan pasangan, teman, tempat bergantung.. Tapi ingat, jangan biarkan diri dipergunakan. Jadi tegas, jadi garang.

Sayanglah diri kita.

Bertentangan moral dan syariat

Perbuatan menggugurkan kandungan dengan sengaja adalah salah dari segi moral dan syariah (bagi orang Islam). Menurut Seksyen 85, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995,

“Sesiapa yang sengaja melakukan apa-apa perbuatan dengan niat menggugurkan atau membunuh kandungan sama ada dari pernikahan yang sah atau dari persetubuhan luar nikah, kecuali perbuatan Pegawai Perubatan Kerajaan sebagai perlu dan tidak boleh dielakkan kerana ia akan memudaratkan perempuan yang mengandung itu, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.”

Peraturan dan syariat bukanlah untuk memudaratkan, tetapi menjaga kemaslahatan individu, masyarakat dan negara secara sejajar dan seimbang.

“Badan aku, suka hati aku lah”

Semakin hari semakin ramai golongan yang kononnya memperjuangkan ‘hak asasi’ untuk melakukan apa sahaja, termasuk menggugurkan kandungan selepas aktif mengamalkan seks bebas.

Golongan ini sebenarnya mementingkan diri sendiri. Menggunakan tiket ‘hak asasi’ untuk keseronokan peribadi. Bagaimana pula dengan hak asasi bayi?

Gambar hiasan. (Kredit: Checkup Newsroom)

Sumber: Syarifah Adzna Nadhirah, eSyariah

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.