Siakap Keli
Gambar: FB Kak Ton

Bakti Terakhir Tak Kesampaian, Budak 6 Tahun Dipercayai Mahu Hantar Sarapan Pada Ibu Ayah Maut Digilis Lori

Sebuah treler telah didakwa menggilis seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di hadapan RTC Napoh, kira-kira jam 10 pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Kubang Pasu, Superitendan Mohd Ismail Ibrahim, ketika kejadian, mangsa Sangtang Master Worawut, sedang membonceng motorsikal yang ditunggang oleh ibu saudaranya semasa hendak keluar dari RTC Napoh untuk menuju ke Bukit Kayu Hitam.

Beberapa minit selepas itu, motorsikal yang ditunggang oleh ibu saudaranya itu telah bergesel dengan sebuah treler yang datang dari arah belakang mereka.

Kanak-kanak malang itu bersama ibu saudaranya juga dipercayai dalam perjalanan untuk menghantar sarapan kepada ibu bapanya yang sedang menoreh di kebun.

“Kedua-dua mereka telah terjatuh akibat daripada pergeseran tersebut dan mangsa kemudiannya telah digilis oleh lori tersebut. Ibu saudaranya itu hanya mengalami luka kecil manakala mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadia,” katanya dalam satu kenyataan media.

Tanbahnya, pemandu treler tersebut telah bertindak meneruskan perjalanannya dan pihak polis kini sedang mengesan pemandu lori tersebut bagi membantu siasatan.

Susulan daripada kejadian itu, mayat kanak-kanak tersebut telah dihantar ke Hospital Jitra untuk dibedah siasat dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, Halimaton Shaadiah Saad, ADUN Bukit Kayu Hitam merangkap Exco Kerajaan Negeri yang secara kebetulan melalui jalan tersebut ketika kejadian telah memberhentikan kenderaannya untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa kemalangan tersebut.

Sementara itu, ADUN Bukit Kayu Hitam merangkap Exco Kerajaan Negeri, Halimaton Shaadiah Saad yang kebetulan melalui jalan tersebut ketika kejadian turut berhenti menghulurkan bantuan kepada mangsa kemalangan berkenaan.

Sumber: Sinar Harian

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.