Siakap Keli
Gambar: Frontier Myanmar

Ibarat Mahu Bina Sangkar, Bangladesh Mula Dirikan Pagar Sekeliling Kem Pelarian Rohingya

Tentera Bangladesh telah mula mendirikan pagar di sekitar kawasan kem yang menempatkan beratus-ratus ribu pelarian Rohingya meskipun menerima tentangan daripada pemimpin masyarakat dan kumpulan hak asasi.

Wartawan AFP memaklumkan pada selasa bahawa dia telah menyaksikan anggota tentera mendirikan tiang untuk memasang pagar berduri di sekitar kem besar di Balukhali yang terletak di Cox’s Bazar.

Pesuruhjaya pelarian Bangladesh, Mahhbub Alam Talukder mengesahkan kepada AFP bahawa pembinaan pagar tersebut telah bermula namun enggan mengulas dengan lebih lanjut berkenaan hal itu.

Ketua Tentera Jeneral Aziz Ahmed pada bulan lepas menyatakan bahawa jurutera telah mula membina tiang dan tentera sudah diberikan arahan untuk memasang pagar berduri.

Kem yang menempatkan hampir sejuta pelarian yang kebanyakan etnik Muslim Rohingya, dengan jumlah 750,000 daripadanya adalah mereka yang melarikan diri daripada operasi tentera yang dilakukan di Myanmar pada Ogos 2017.

Bangladesh semakin kecewa selepas usaha untuk membawa pulang pelarian Rohingya ini ke negara asalnya gagal pada Ogos lalu.

Pemasangan pagar berduri ini telah mendapat bantahan daripada pemimpin Rohingya yang menyatakan bahawa pemasangan pagar tersebut akan menimbulkan ‘panik’ dalam kalangan pelarian Rohingya.

Sumber: Frontier

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.