Siakap Keli
Sumber: Ismail Ibrahim

Skuter ”First Medical Respond” Dari KKM, Untuk Atasi Jalan Jammed & Ambulans Lewat

Biasa kita lihat hanya motorsikal berkuasa tinggi hanya digunakan oleh badan uniform seperti polis, bomba dan JPJ sahaja. Penggunaan motorsikal berkuasa tinggi ini sebagai satu usaha untuk mempercepatkan perjalanan atau memudahkan sesuatu masalah yang berlaku.

Terkini, di Jabatan Kesihatan negeri Sarawak mula memperkenalkan satu inisiatif yang menarik perhatian ramai apabila menunjukkan motorsikal skuter yang bakal digunakan ini. Tujuan utamanya untuk melancarkan dan mempercepatkan pergerakan jika berlaku kecemasan ke tempat kejadian.

Seperti kiriman daripada Mohd Ismail Ibrahim berkata, motorsikal ini bakal digunakan ioleh petugas sebagai “First Medical Respond” untuk mengelakkan daripada terkandas dalam kesesakan lalu lintas.

First Medical Respond

InsyaAllah, di Sarawak akan ada satu lagi penambahbaikan penyampaian perkhidmatan untuk sekitar bandar utama. Sebagai permulaan, pilot projek ini akan dilaksanakan di Kuching, Miri dan Sibu (seunit setiap bahagian) terlebih dahulu.

Motorsikal atau skuter ni akan digunakan oleh petugas kesihatan sebagai “First Medical Respond” ke tempat kemalangan untuk mengatasi masalah jem yang menyebabkan ambulans lambat tiba.

Hopefully pilot projek ni berjalan dengan lancar dan dikembangkan menjadi full team.

Ps : Jangan pula korang tahan motor ni untuk hantar orang beranak atau minta tumpang pergi hospital. 

Sumber: Mohd Ismail Ibrahim

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.