Siakap Keli

Tak Kira Bangsa, ‘Riders Park Moto’ Tepi Jalan Bantu Gadis ‘Tersadai’ Di Laluan Sunyi

Amalan bantu membantu sememangnya sudah menjadi nilai murni yang terdapat dalam masyarakat di Malaysia. Apa tidaknya, kepekaan dan keprihatinan kebanyakan orang yang menghulurkan bantuan semakin membanggakan pada dunia hari ini.

Sikap tersebut jelas dapat dilihat menerusi satu perkongsian di Facebook Shamsul Ahmad. Dalam coretan itu, menerangkan terdapat sekumpulan “rider” yang memainkan peranan masing-masing membantu seorang pemandu yang mengalami masalah tayar pancit.

Cerita petang tadi…

Masa otw balik ke Manjung melalui jalan ladang bikam, kereta Myvi didepan kami langgar lubang dan tayar belakang pancit. Tapi driver dia tak berhenti dan terus jalan… kami flash dan akhirnya dia berhenti. Kami beritahu dia yg tayar belakang dia pancit… mungkin pecah lepas langgar lubang. Adik berbangsa cina ni pun berhenti dan kami pun teruskan perjalanan. Tapi tak sedap hati bila teringat dia sorang wanita tersangkut kat tengah ladang sawit sorang2.. so kita pusing balik dan betul tengok dia sorang2 tak tahu apa nak buat.

Kami ambik keputusan utk bantu tukar. Baru nak tukar lalu riders dalam 20 orang dalam perjalanan pulang dari Manjung otw balik ke Negeri Sembilan. My Wife pun lambai mereka minta bantuan… semua berhenti… tanya apa hal. Saya cakap kesian Amoy ni tayar pancit. So 3-4 orang riders ni pun bantu tukar tayar, ada yg jaga traffic dan masing2 mainkan peranan masing2. Kurang 10 min… semua selesai.

Alhamdullilah… Adik Perempuan Cina kita sangat berterima kasih dan saya ucapkan terima kasih pada semua riders dari Negeri Sembilan. Semuga semuanya selamat dalam perjalanan…

Saya dan Isteri bersyukur pada Allah kerana dapat ikram sorang hamba Allah hari ni. Mungkin hari ni hari dia. Mungkin boleh jadi pada anak2 kita juga. Wallahu Allam.. dan melihat bantuan dihulurkan tanpa mengira bangsa dan agama memang membuatkan kami teruja… There is still plenty of kindness around….

Saya kongsi pengalaman ini kerana teringat kepada satu Hadis Rasullulah SAW Dari Hazrat Ibnu Abbas RA ” Sesiapa yg berjalan utk menunaikan hajat saudaranya dan dapat menyempurnakan hajat tersebut adalah lebih baik baginya dari beriktikaf 10 tahun. Sesiapa yg beriktikaf sehari kerana mencari keredaan Allah maka Allah akan jadikan antaranya dengan neraka tiga parit dan satu parit lebih lebar dari jarak antara bumi dan langit”. Cuba bayangkan kalau kita beriktikaf selama 10 tahun… betapa besar ganjarannya pada kita… Allahu Rabbi….

https://www.facebook.com/shamsul.ahmad.79/posts/2940319265999314

Senang hati melihat tindakan individu berkenaan dan “rider” yang terlibat, rata-rata netizen memberikan reaksi positif berserta ucapan terima kasih kepada mereka.

“Terima kasih kerana menceriakan dunia”

“Inilah orang yang berjiwa besar sanggup tolong sesama manusia tanpa batas perkauman dan agama”

“Inilah cara kita sebagai masyarakat majmuk Malaysia. Bro yang tolong tu memang truly Malaysian”

“Menolong tanpa mengenal bangsa mahupun agama”

Sumber: Shamsul Ahmad

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.