Siakap Keli

(Video) “Better Than De Gea”, Anjing Selamatkan Penalti Jadi Perhatian Dunia

Selain pemain yang bermain di posisi penyerang, penjaga gol juga merupakan watak penting bagi sesebuah pasukan bola sepak. Apa tidaknya, penjaga gol sering diperhatikan setiap kali menyelamatkan percubaan jaringan daripada pemain lawan.

Ketika sepakan penalti, penjaga gol merupakan watak yang paling penting untuk memastikan pasukannya meraih kemenangan. Begitulah tanggungjawab yang dipikul oleh seorang penjaga gol ketika berhadapan sepakan penalti menerusi video yang tular di Twitter.

Apa yang menariknya ketika penjaga gol tersebut telah tersasar daripada menyelamatkan sepakan penalti tersebut, muncul ‘sesuatu’ yang mengagalkan sepakan itu.

Menerusi rakaman berkenaan, anjing tersebut yang dilihat dengan tiba-tiba masuk ke dalam padang terkena sepakan pemain yang mengambil sepakan. Haiwan itu dianggap sebagai wira apabila bola yang ditendang terkena badannya dan menyebabkan bola itu tersasar.

Insiden berkenaan mendapat sorakan daripada pemain dan hadirin yang hadir bagi menyaksikan perlawanan tersebut. Pastinya mengecewakan pemain lawan apabila bola yang telah diarahkan pada bucu belah kiri itu gagal mengegarkan jaring.

Netizen yang melihat rakaman tersebut nyata terhibur malah ada yang menyifatkan anjing tersebut lebih bagus dibandingkan dengan De Gea, penjaga gol Manchester United.

“Weii nak gelak ke nak kesian!!! adoi akit eyut anjing tu”

“Better than De Gea”

“Anjing pun ada gunanya”

Sumber: Footballers with animals / Soccer AM

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra