Siakap Keli
kereta ditimpa dahan pokok
Kredit: Mohd Saiful Rusdy Rozlan

(Video) “Betul-betul Kat Kepala Bang…”, Pemuda Kongsi Detik Nyaris Maut, Kereta Dihempap Dahan Pokok Mati

Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa di mana sahaja tanpa diduga. Pernah tak anda lihat video kompilasi detik-detik mangsa terlepas dari kecelakaan? Seram, bukan?

Kita yang menonton pun rasa berdebar-debar dan terkejut, apatah lagi mereka yang berada dalam situasi tersebut.

Baru-baru ini, seorang pemuda berkongsi detik genting yang dilaluinya ketika menggunakan jalan Serdang-Kulim pada pukul 8 pagi Isnin lalu.

Menurut Mohd Saiful, dahan dari sebatang pokok yang telah mati terjatuh ke atas keretanya dan betul-betul mengenai bahagian kepala pemandu.

Malang Tidak Berbau

Apa yang terjadi hari ini bukan masanya untuk menunding jari, tetapi masa untuk perbanyakkan doa untuk diri.

Apa yang terjadi hari ini merupakan bukti ajal itu sentiasa mengekori tanpa henti.

Apa yang terjadi hari ini mungkin peluang kedua yang diberi untuk memperbaiki diri.

Apa yang terjadi hari ini adalah bukti yang diri ini sentiasa diperhati.

Apa yang terjadi hari ini adalah pengajaran lebih kepada diri sendiri.

Hari Isnin, antara hari yang paling sibuk dalam kebanyakan masyarakat dunia hari ini. Dalam kesibukan kita, pasti akan ada sesuatu yang sedang menanti hari untuk terjadi seperti mana yg telah tertulis dalam mahfuz-Nya.

Dalam ratusan kenderaan yang melalui jalan tersebut, ditakdirkan untuk aku mengharungi ujian ini seorang diri.

Mungkin ini hanyalah jentikan kecil untuk aku lebih sedar dan mendalami ilmu kehidupan yang hakiki.

Sekian sahaja, coretan hati untuk hari ini.

Saiful turut berkongsi beberapa keping gambar dan video ketika kejadian.

Sumber: Mohd Saiful Rusdy Rozlan

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.