Siakap Keli

(Video) Cubaan ‘Langgar Lari’ Gagal, Viral Wanita Kelam-Kabut Lompat Dari Motor ‘Dihentam’ Lembu

Kemalangan adalah sesuatu yang sukar untuk dielakkan, namun bagaimana pula dengan kemalangan yang agak luar biasa seperti ini?

Satu video yang tersebar di Internet memaparkan kejadian seekor lembu mengejar penunggang serta pembonceng motorsikal telah tular di media sosial.

Ketika kejadian, seekor lembu dilihat sedang mengejar dua orang yang sedang menaiki motorsikal di sebuah stesyen minyak.

Lembu itu kemudiannya bertindak menanduk kedua-dua orang yang sedang menaiki motorsikal itu.

Namun begitu, kedua-dua mereka itu bertindak turun daripada motorsikal yang dinaiki mereka dan lari bagi menyelamatkan diri.

Kedua-dua mangsa itu walau bagaimanapun sempat menyelamatkan diri daripada ditanduk oleh lembu tersebut.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Video yang berdurasi selama 12 saat itu telah mendapat sebanyak lebih dari 70 ribu tontonan di Twitter.

Sumber: Twitter

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.