Siakap Keli
Foto: Mas Mawar

(Video) Gigih Mengaji Walau Dalam ‘Bahasanya’, Alunan Suara Anak Autisme Celik Surah Al-Quran Ini Buat Hati Hiba

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kita sering terjumpa dengan kanak-kanak istimewa yang diajar untuk sama-sama sertai kelas akademik dan kemahiran. Ibu bapa seperti ini sangat bagus untuk tidak membezakan anak ‘istimewa’ ini dengan kanak-kanak normal yang lain.

Namun tetapi, sangat jarang melihat anak-anak istimewa ini dihantar ke sekolah agama untuk aktivit mengaji al-Quran. Mungkin atas kerana agak sukar untuk dapatkan pusat pembelajaran khas untuk mereka.

Seperti video kiriman Mas mawar dilaman Facebooknya mengisahkan seorang kanak-kanak lelaki yang merupakan anaknya menunjuk minat dalam membaca surah-surah di dalam Al-Quran.

Doakan saya boleh berkomunikasi. Berminat sangat dengan ayat-ayat al-Quran, anak autisme masuk 5 tahun.

Tambah ibunya semasa dihubungi, anaknya sangat gemar dengan ayat-ayat al-Quran. Sebagai ibu, dia sangat teruja dan terharu dengan perkembangan anaknya ini.

Selain surah Al-Fatihah, anak kecil ini juga boleh membaca surah An-Nas dan Asma ul Husna serta boleh mengalunkan azan tapi dalam ‘bahasa dia’.

Sungguh indah ciptaan Allah, walaupun di mata manusia tidaklah sempurna namun untuk ibu dan ayah anak kecil ini sangat sempurna. Semoga ibu bapa yang mempunyai anak autisme seperti ini semangat untuk mengajar dan menyokong minat anak kecil seperti ini.

Sumber: Mas Mawar 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.