Siakap Keli

(Video) Tindakan Budak Ini Pertahan Ibunya Yang Dilanggar Kereta Buat Netizen Kagum

Seorang kanak-kanak di China berang dengan tindakan sebuah kereta yang melanggar ibunya semasa kedua-dua mereka sedang melintas jalan.

Video yang telah tular di media sosial itu memaparkan seorang kanak-kanak bertindak menendang sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki untuk menunjukkan rasa marahnya selepas ibunya itu dilanggar oleh pemandu kereta tersebut.

Tindakan kanak-kanak tersebut yang secara spontannya berkelakuan seperti seorang lelaki dewasa kerana kasih sayang terhadap ibunya telah mendapat pujian daripada netizen di media sosial.

Susulan daripada kejadian itu, tiada kecederaan yang serius dilaporkan berlaku.

Pihak polis China melaporkan bahawa pemandu kereta tersebut telah bertanggungjawab sepenuhnya atas kejadian yang berlaku.

Video yang berdurasi selama 59 saat itu telah mendapat sebanyak lebih dari 1 ribu tontonan dari netizen.

Sumber: South China Morning Post

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.