Siakap Keli
Sumber: thesun uk

Wanita Didakwa Nekad Kahwin Dengan Karpet Kesayangan, Namakan ‘Pasangan’ Hidupnya Mat

Cinta itu buta dan perlukan pengorbanan. Bahkan cinta juga tidak mengenal rupa dan harta. Sebagai manusia biasa, tidak tercapai akal untuk melangsungkan perkahwinan dengan pasangan yang bukan manusia.

Pelik, tapi itulah realiti hidup seorang wanita berusia 26 tahun ini yang melangsungkan perkahwinannya bersama karpet kesayangan yang bernama ‘Mat’.

Bekki dan Mat

Menurut berita tempatan, Bekki sangat menyayangi Mat kerana dia sering meluangkan masa bersama dan mendengar segala rahsia hati serta menjadi pendengar setia setiap hari.

Ibu kepada seorang anak ini mengumumkan perkahwinan ‘mereka’ kepada rakan-rakan terdekat. Bahkan, wanita ini mengambil keputusan untuk berkahwin dengan ‘Mat’ adalah kerana usikan daripada rakan-rakan.

“Kalau dah suka kenapa tidak berkahwin saja dengan karpet ini,” usik rakan.

Dengan memakai sut perkahwinan berwarna putih, wanita ini berjanji akan sentiasa mencintai dan menjaga ‘Mat’ sehingga kematian menjemput mereka.

“Setiap kali anak-anak tidur, saya akan baring dan bercakap dengan Mat tentang soal peribadi. Saya seorang ibu tunggal, jadi dia menjadi kepercayaan kepada saya.”

Tambahnya lagi, dia akan sentiasa pastikan Mat dalam keadaan bersih dan setiap hari dia akan membersihnya tanpa jemu.

Dia berasa lebih bahagia bersama Mat walaupun akan bersama dengan pasangan peliknya, dia tidak akan berjalan di atas karpet tersebut.

Bagaiamanapun, di laman Facebook Bekki mengulas tentang gambarnya yang viral kononnya berkahwin dengan sebuah karpet itu hanyalah lawak jenaka sahaja. Dakwanya, dia tidak percaya yang isu ini boleh ‘viral’ walaupun ini adalah untuk mempromosikan barangan Dr Beckmann.

Sumber: The Sun Uk

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.