Siakap Keli
Kredit: D'Cat D'Hati

“Ya Allah, Zalimnya…”, Dipercayai Diracun, Anjing & Kucing Bersahabat Baik Ditemui Mati Bergelimpangan

Setiap kebaikan dan keburukan akan dihisab walau sebesar zarah. Kita tidak tahu amalan mana yang menjadi sebab rahmat Allah untuk memasukkan kita ke dalam syurga, oleh itu, kita sering diingatkan untuk memperbanyak kebajikan, termasuklah berbuat baik kepada haiwan jalanan.

Pasti anda sudah tahu, kisah seorang pelacur yang dimasukkan ke syurga kerana memberi anjing minum dan kisah seorang wanita yang diseksa kerana mengurung kucingnya sehingga mati.

Namun sayangnya masih ada manusia yang tegar melakukan kezaliman kepada haiwan dengan menyeksa dan membunuh dengan cara yang kejam.

Seekor kucing dan anjing jalanan ditemui kaku didakwa setelah diracun bersama. Hal ini dikongsikan laman D’Cat D’Hati yang mendakwa kedua-dua haiwan ini sentiasa bersama ketika masih hidup.

Mungkin selepas ini pepatah bagai anjing dengan kucing boleh digunakan untuk menggambarkan persahabatan bagai aur dengan tebing.

Mereka makhluk jalanan yang sentiasa bersama.. Mereka juga dijumpa mati diracun bersama.

Wahai makhluk Allah, jika kau beterbangan menjadi debu dan berjumpa Tuhanmu, ceritakan padaNya betapa kejam sesetengah manusia. Minta padaNya azab yang hebat untuk si pelaku di dunia dan akhirat!

Mereka sering dilihat berdua bersama ketika hidup..

Kredit: D’Cat D’Hati

Tumpang kehangatan si anjing

Kredit: D’Cat D’Hati

Bermanja..

Kredit: D’Cat D’Hati

Hingga hujung nyawa..

Kredit: D’Cat D’Hati

Moga dapat hidayah, atau dapat bala

Manusia semulia-mulia makhluk dan juga lebih hina daripada binatang

Nyawa bukan milikmu wahai manusia yang zalim

Balasan menanti

Betapa zalimnya manusia yang diberi akal

Sumber: D’Cat D’Hati

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.