Siakap Keli
Gambar: Suara Jateng

Dirogol Bapa Tiri Hingga Hamil, Gadis Malang Dirogol Pula Bapa Saudara Apabila Mengadu

Seorang gadis berusia 17 tahun menerima nasib malang apabila dirinya telah dirogol oleh bapa tiri. Perbuatan terkutuk itu dilakukan di rumah mereka bukan hanya sekali, malah beberapa kali sejak tahun 2018 lagi.

Perbuatan yang berlaku di Kabupaten Eromoko, Kabupaten Wonogiri telah menyebabkan gadis berkenaan hamil lima bulan. Penderitaannya tidak berhenti setakat itu apabila dia disuruh gugurkan kandungannya. Dia juga dilaporkan telah dihalau oleh penduduk setempat.

Bukan setakat itu sahaja, gadis berkenaan yang mulanya mengadu perkara tersebut kepada saudara bapa tirinya itu mendapat nasib yang lebih malang. Ini kerana, bapa saudara itu bukan melindunginya malah telah merogol gadis malang tersebut.

Perkara terkutuk yang dilakukan oleh bapa tirinya adalah ketika ibu kandungnya sedang bekerja di sebuah kilang membuat keropok. Mangsa juga tidak mempunyai kekuatan untuk menidakkan perbuatan keji itu kerana diugut untuk meninggalkan ibunya.

Kesan daripada perbuatan itu, gadis berkenaan berada dalam keadaan trauma dan ketakutan. Walau bagaimanapun, pihak terbabit telah berjaya mendapatkan gadis berkenaan untuk tujuan perlindungan.

Sumber: Merdeka.com

Follow Siakap Keli Di Instagram

Lihat siaran ini di Instagram

Innovasi yang hebat..

Siaran dikongsi oleh Siakap Keli (@siakapkeli) pada

syafiq halim

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: