Siakap Keli

Gara-Gara Bertepuk Tampar Dengan Teman Wanita, Lelaki Dikejarkan Ke Hospital Sukar Bernafas

Seorang lelaki di Guangzhou dikejarkan ke hospital gara-gara mengalami sesak nafas selepas dipercayai bertepuk tampar dengan teman wanitanya.

Lelaki 27 tahun itu ‘dipukul’ di perut dan menyebabkannya sakit di bahagian dada serta sukar untuk bernafas.

Doktor telah mengesahkan bahawa beliau menghidapi masalah congenital diaphragmatic hernia yang menyebabkan bahagian organ berlubang dan menjadikan organ di dalam perut bergerak ke atas atas.

Menurutnya, simptom-simptom yang dialaminya bermula selepas bergurau dengan teman wanitanya yang telah dikenali selama dua tahun.

“Pada masa itu, saya fikir ia hanya sakit dada biasa sahaja dan sakit tersebut akan hilang setelah berehat namun setelah melakukan pelbagai aktiviti, sakitnya menjadi lebih teruk,” katanya.

Doktor juga mendapati bahawa usus lelaki tersebut telah bergerak ke dalam kaviti dada dan memerlukannya untuk menjalani pembedahan bagi ‘membaiki’ diaphragm serta menggerakkan kembali organnya ke tempat ‘asal.

Diaphragmatic hernias memerlukan rawatan perubatan dengan segera kerana jika dibiarkan pelbagai jangkitan  yang boleh membawa maut seperti gastrointestinal necrosis dan perforation.

Sumber: Asia One

Sofea

There's always another side to every story

Nur Farra