Siakap Keli

Lekat Gambar Isteri Di ‘Cardboard’, Idea Lelaki Ini Untuk Buat Anak Berhenti Menangis Cari Ibu Dipuji

Pasangan yang mempunyai cahaya mata terutamanya yang masih kecil, pastinya akan berdepan dengan pelbagai kerenah anak-anak. Ada yang tidak boleh berenggang walau sekejap dengan ibu. Jika si ibu hilang dari pandangan, akan kedengaranlah suara jeritan dan tangisan si anak.

Situasi sama dilalui oleh seorang bapa di Jepun apabila anaknya tidak berhenti menangis sewaktu ditinggalkan oleh isterinya. Oleh itu, timbullah idea bernas lelaki ini bagi membuat anaknya berhenti menangis iaitu dengan mencetak gambar isterinya di atas ‘cardboard.’

Gambar tersebut pula seakan sama dengan saiz sebenar sekaligus berjaya mengaburi mata anaknya untuk berfikir bahawa ibunya berada bersama. Memang ‘genius’ habis lah.

Apa yang terjadi pada mak dia?

Persoalan timbul apabila ada yang bertanya mungkin terdapat kisah sedih yang berlaku kepada anak dan ibu ini. Menurut sumber, tiada apa yang berlaku kerana isteri lelaki itu berada dalam keadaan baik.

Cuma, apabila dia keluar sebentar dan terpaksa meninggalkan anak mereka bersama suaminya, kanak-kanak itu akan mula menangis, mungkin kerana ‘bonding’ bersama ibu terlalu kuat.

Perkongsian tersebut yang tular di media sosial, meraih pelbagai pujian netizen yang memuji usaha si bapa untuk mententeramkan keadaan.

Tapi ada juga yang menyifatkan ianya sebagai seram untuk dicuba di rumah. Apa pun, idea bapa ini memang kreatif dan terbaik. Apa pula pendapat anda?

Bijak dan kreatif

Idea yang baik

Boleh ‘try’ bila dah kahwin

Nampak ‘real’ tapi seram

Nampak tengah malam boleh kena karate

Sumber : @IsskndarAriffin

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra