Memikul tanggungjawab sebagai wartawan sememangnya penuh cabaran yang perlu ditempuhi. Selain bahaya yang mendatang, seorang wartawan juga perlu berhadapan dengan pelbagai karenah dan sikap individu yang ditemu bual.
Namun, lain pula ceritanya bagi seorang wartawan ditampar dibahagian punggungnya oleh seorang lelaki berlari disebelahnya. Wartawan yang berusia 23 tahun itu sedang membuat liputan di atas Jambatan Savannah di Savannah, Georgia pada 7 Disember yang lalu.
Perbuatan tersebut telah dirakam dan ianya telah ditayangkan secara langsung di dalam televisyen. Menerusi rakaman tersebut, jelas reaksi kurang senang dipamerkan oleh wartawan berkenaan.
Video tersebut juga telah tersebar di dalam ruangan Twitter dan telah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan rata-rata netizen.
Wartawan tersebut juga telah memuat naik satu tweet berkenaan insiden yang menimpa dirinya itu.
“Kepada lelaki yang memukul punggung saya di TV pagi tadi, anda memalukan saya. Tiada wanita yang boleh bersabar dengan perkara ini di tempat kerja atau di mana-mana”
Namun, menerusi kenyataan lelaki itu yang merupakan menteri pemuda tempatan, dia mengatakan bahawa tidak sengaja melakukan perkara sedemikian.
“Saya terperangkap ketika itu. Saya sedang cuba melambaikan kepada kamera, dan ketika itu secara tidak sengaja menyentuh dibelakangnya. Saya juga tidak sedar di mana saya menyentuhnya”
Walau bagaimanapun, laporan telah dibuat dan lelaki berkenaan telah diharamkan untuk menyertai sebarang dari semua acara larian yang dianjurkan.
Sumber: M0thership.sg