Siakap Keli
Kredit: VOA News/Straits Times/Gulf News

Peguam Dengan Doktor Bergaduh, Sekurang-Kurangnya 12 Maut

Lahore, Pakistan – Konfrontasi antara sekumpulan peguam dan doktor yang berselisih faham di Institut Kardiologi Punjab (PIC) mengakibatkan sekurangnya 12 orang maut.

Menurut India Today, kumpulan peguam menyerbu institut berkenaan dan menyerang para doktor serta merosakkan fasiliti hospital termasuk unit rawatan rapi (ICU).

Sekurangnya 12 individu termasuk pesakit kritikal dilaporkan terkorban dalam serangan tersebut.

Sementara itu, laporan doktor mendakwa seramai minimum 25 mangsa cedera teruk berikutan serangan berkenaan.

Menteri Maklumat Punjab, Fayaz Chouhan turut diserang kumpulan peguam tersebut.

Lantaran itu, Perdana Menteri, Imran Khan mengarahkan Ketua Menteri Punjab, Usman Buzdar untuk menjalankan siasatan segera berhubung insiden itu.

Beberapa hari sebelum ini, beberapa peguam didakwa telah diserang kumpulan doktor dari hospital yang sama.

Walaupun penyelesaian telah dicapai, kumpulan peguam datang dalam jumlah yang ramai dan menyerang hospital berkenaan.

Sumber: India Today

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.