Siakap Keli
foto: Alin Azhar

(Video) Anak Didiagnos Ada Masalah ‘Speech Delay’, Ibu Tergamam Anak Boleh Nyanyi Lagu Akim Ahmad

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seringkali perasaan ibu akan terguris bila soalan ditujukan kepada mereka mengenai anak yang mempunyai masalah ‘delay speech’ ini. Ya, mestilah kita sahaja yang tahu keadaan mereka. Sebagai orang luar, jangan sesuka buat andaian sendiri.

Kita harus tahu setiap anak mempunyai keunikan sendiri. Ada yang tidak sampai setahun sudah petah bercakap dan juga hanya boelh bercakap satu atau dua perkataan sahaja.

Lain pula dengan kisah seorang anak kecil yang dikesan mempunyai masalah ‘speech delay’ walaupun sudah berusia 3 tahun. Satu video yang dimuatnaik oleh ibu saudaranya ketika bersantai bersama keluarga di pusat karaoke mengejutkan apabila anak kecil ii turut mengeluarkan perkataan bait lagu tersebut.

Semalam mak pak dia bawak pergi karaoke, terkejut bila dia dapat sebut sikit-sikit

Anak buah aku lelaki, tapi nama macam perempuan (Aufa). Mula2 nak bagi nama Auf, tapi takde maksud (tengok dekat google ada je). Entah la kakak aku. Nak nampak lelaki letak la Khairy dekat belakang. Jadilah Aufa Khairy (Yang Setia, Kebaikan/Kebajikanku).

Hello uncles & aunts! Aufa Khairy say thank you to all positives encouragement!! Much love from Aufa Khairy.

Katanya semasa dihubungi, anak saudaranya ini sering kali menonotn video lagu Akim Ahmad di medium Youtube. Dan mereka sekeluarga tidak menyangka adik Aufa boleh mengikut bait-bait lagu ini walaupun tidak lancar. Selalunya, si kecil ini akan bercakap menggunakan ‘bahasa’ dia sahaja.

Turut mendapat perhatian, Akim Ahmad juga turut memberi nasihat positif kepada keluarga adik ini.

Beza pandai anak kecil ni tak sama. Ada yang bercakap dulu, atau ada yang dari tingkah laku.

Rata-rata netizen juga berkongsi pengalaman anak kecil mereka yang mempunyai masalah yang sama bahkan ada yang sudah sihat dan bercakap dengan lancar.

Memang suka sangat menyanyi keluar juga perkataan tu

Anak buah saya pun cakap bahasa macam ni jugak

Suka sangat tengok cite pingu, sampai sekarang masih dalam bahasa pingu

Karaoke terapi

Lepas hantar ke sekolah terus lancar

Semoga Adik Aufa ini menjadi anak yang soleh bahkan dalam bercakap dengan lancar serta sentiasa gembirakan hati ibu dan ayah.

Sumber: Alin Zahar

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.