Siakap Keli
Gambar: MYARM

(Video) Detik-Detik Anak Jati Sabah Harumkan Nama Malaysia, Jadi Juara Gusti Lengan Dunia Tumbangkan 19 Pesaing

Kepulangan wira serta wirawati gusti tangan negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada semalam telah disambut meriah oleh sebilangan rakyat Sabah yang menghadirkan diri.

Kepulangan yang membawa berita baik serta membanggakan untuk seluruh rakyat Malaysia itu telah berjaya membuktikan bahawa sukan gusti lengan di negara kita sedang berada di dalam prestasi yang membanggakan.

Rata-rata atlet negara yang dihantar untuk bersaing ke Kejohanan Gusti Lengan Dunia IFA 2019 di Rumia, Poland itu telah berjaya memenangi pingat buat Malaysia dalam kategori masing-masing.

Namun yang paling mencuri tumpuan adalah seorang anak jati dari Kota Kinabalu, Sabah, kerana telah berjaya menggondol gelaran juara dunia dalam kategori Senior 70kg kanan.

Gambar: MYARM

Joffey Jolly telah berjaya menumpaskan 19 atlet daripada negara lain dalam kejohanan yang berlangsung di Poland itu sebelum memenangi kategori tersebut.

Menurut Joffey, pengorbanan ayahnya, Jolly Johnson, yang juga merupakan ketua pasukan Malaysia dalam kejohanan tersebut kerana tidak membenarkannya bekerja untuk memberi fokus sepenuh masa kepada gusti lengan sejak tahun 2015 telah berjaya membuahkan hasil.

Berikut adalah detik-detik perlawanan akhir Joffey Jolly menentang atlet dari Ukraine sebelum dimahkotakan sebagai juara dunia:

Perlawanan akhir 1

Perlawanan akhir 2

Lagu Negaraku Berkumandang Di Poland Susulan Kejayaan Joffey Jolly

 

Selain daripada Joffey, atlet lain yang turut bersaing dalam kejohanan dunia itu juga turut tidak ketinggalan untuk membawa pulang pingat serta membanggakan negara.

Berikut adalah pencapaian atlet-atlet Malaysia dalam Kejohanan Gusti Lengan Dunia IFA 2019 Rumia, Poland:

Tahniah dan syabas diucapkan kepada atlet-atlet Malaysia kerana telah berjaya mengharumkan nama negara di mata dunia.

Sumber: Malaysia Armwrestling Federation

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.