Satu makluman kepada pengguna jalan raya berhampiran lampu isyarat Stesen Minyak Shell Dato Banda, Jalan Meru terpaksa ditutup. Hal ini kerana berlaku kebocoran bahan kimia dari sebuah lori berhampiran jalan tersebut.
Berdasarkan kiriman tersebut, kesan terbakar tidak menjejaskan orang awam.
Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Thursday, 12 December 2019
Sekumpulan Bomba bergegas mencuci bahan kimia yang keluar dari lori tersebut bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Bagaimanapun, orang ramai dinasihati untuk sentiasa berhati-hati semasa kejadian ini berlaku.
Sumber: Inforoadblock