Siakap Keli
Kredit: Kritsada Ratprachoom

(Video) “Rasa Macam Ada Yang Tertinggal, Bila Tarik…”, Lelaki Terkejut, Cacing Pita Gergasi Keluar Dari Duburnya

Selepas membuang air besar, seorang lelaki berasa seolah-olah ada sesuatu yang menggeliang-geliut pada bahagian duburnya.

Kritsada Ratprachoom, 44 dari Udon Thani, Thailand tidak menyangka bahawa ia merupakan seekor cacing pita gergasi yang masih hidup.

Pada hari berkenaan, Kritsada baru sahaja menghantar anaknya ke sekolah sebelum dia berasa sakit perut. Selepas habis membuang, dia dapat rasakan sesuatu menjulur pada bahagian bawah.

“Saya rasa seperti tak habis membuang, seakan-akan ada sesuatu yang tertinggal,” katanya kepada media tempatan.

“Jadi saya bangun dan lihat. Rupanya ada sesuatu yang terjulur di bawah.”

Lelaki yang baru menjalani pembedahan membuang apendiks pada minggu sebelum itu pada awalnya menyangka ia adalah benang bedah. Namun dia tersedar rupanya tali yang kenyal itu bukan benang, tetapi cacing pita yang masih hidup.

Dia mula menarik parasit berkenaan yang dipercayai boleh meregang sehingga 32 kaki. Selepas menarik haiwan berkenaan, dia meletakkan cacing itu di atas pam tandas dan melihat ia bergerak-gerak.

Dia kemudiannya membuang parasit itu sebelum mengepam tandas.

Kredit: Kritsada Ratprachoom
Kredit: Kritsada Ratprachoom
Kredit: Kritsada Ratprachoom

Macam mana cacing masuk ke dalam badan?

Cacing pita merupakan parasit yang tinggal di dalam usus manusia atau haiwan yang dijangkiti. Ia boleh hidup dengan menyerap nutrisi makanan yang dicerna di dalam badan perumah. Bukan itu sahaja, ia juga boleh membiak dan menghasilkan sehingga 100,000 telur bagi satu induk cacing pita.

  • T. saginata : Boleh didapati dalam daging lembu, panjang biasa 4 hingga 12 meter, mempunyai 1,000 hingga 2,000 proglotid, seekor cacing boleh menghasilkan 100,000 telur.
  • T. solium : Boleh ditemui dalam daging khinzir, panjang normal 2 hingga 8 meter, mempunyai 1,000 proglotid, seekor cacing boleh menghasilkan 50,000 telur.
  • T. asiatica : Juga boleh ditemui dalam daging khinzir, panjang biasa 4 hingga 8 meter, mempunyai 700 proglotid, boleh menghasilkan 80,000 telur satu proglotid.

*proglotid: segmen pada bahagian badan cacing yang mempunyai sistem pembiakan lengkap

Kredit: Chegg.com

Progloid atau segmen tubuh cacing ini boleh putus dan keluar melalui najis bersama telur-telurnya.

Apabila najis ini masuk ke dalam air atau tanah, ia boleh menjangkiti perumah seterusnya.

Parasit ini boleh menjangkiti manusia apabila seseorang memakan daging mentah atau tidak dimasak sepenuhnya serta daging dan ikan yang dijangkiti cacing pita.

Selain itu, jangkitan juga boleh berlaku apabila individu terjangkiti tidak membasuh tangan selepas menggunakan tandas. Telur-telur cacing boleh tersebar ke dalam makanan atau permukaan seperti tombol pintu.

Disebabkan inilah penting untuk kita memastikan tangan sentiasa bersih dan kuku dipotong pendek. Bayangkan telur-telur cacing itu terkumpul di bawah kuku anda. Belum kira bakteria lain lagi. Tangan yang sama itulah juga digunakan untuk makan dan picit jerawat. Err..

Kredit: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan

Selain itu, orang dewasa pun sepatutnya mengambil ubat cacing secara berkala untuk membasmi cacing-cacing di dalam usus kerana kewujudan mereka kadangkala tidak bertanda (tiada simptom).

Amaran!

Video di bawah mungkin boleh menyebabkan anda loya.

Sumber: Daily Mail, Kritsada Ratprachoom, Kids Health, The Register, CDC

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.