Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Pepatah ini menggambarkan pengorbanan seorang ibu dan ayah demi membesarkan anak-anak walaupun terpaksa bersusah payah dan menanggung derita.
Pengorbanan seorang ayah menjaga dan merawat dua orang puterinya yang menderita penyakit kulit yang kronik hingga sanggup berhenti kerja sebagai buruh.
Dua anaknya itu mengalami masalah kulit sejak kecil lagi yang mampu membuatkan kulitnya terbakar dan luka melepuh jika terkena sinaran matahari.
Derita yang dialami oleh mereka menyebabakn mereka hanya terperap dirumah dan tidak keluar.
“Jika saya bekerja, tiada siapa mampu menguruskan anak saya untuk mendapatkan rawatan, hanya ada saya dan isteri sahaja”, katanya.
Semasa bekerja dia hanya mendapat Rp 500 ribu dua minggu sekali. Tetapi, kerana sekarang dia tidak lagi bekerja, dia dan keluarganya hanya boleh bergantung kepada bantuan para penderma untuk perbelanjaan harian mereka.
Katanya anak sulungnya kini tidak boleh melihat kerana mata puterinya itu sudah mengalami kerosakan.
Ketika kecil anaknya itu terdapat bintik merah pada kakinya dan hanya ingatkan tanda biasa sahaja namun ia membesar dan merebak ke badan anak sulungnya itu. Dua puterinya itu mengalami penyakit yang jarang berlaku.
Demi Kesembuhan Buah Hati
Dia dan isterinya telah berusaha untuk mengubati penyakit anak-anaknya itu dari perubatan tradisional ke teknologi perubatan kini.
Sumber: Sosok.id