Siakap Keli
Kredit: Sara/Neelofa

Comel, Kanak-kanak 5 Tahun Dapat Gelaran ‘Mini Neelofa’, Muka Sama Dengan Lofa

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pasti anda pernah dengar kepercayaan yang mengatakan kita ada tujuh orang ‘kembar’ wajah seiras di dunia ini.

Walaupun tiada siapa boleh mengesahkan dakwaan itu, hakikatnya memang ada individu yang mempunyai wajah seiras walaupun tiada pertalian darah.

Terbaru, seorang pengguna Twitter, Sara berkongsi gambar anak saudaranya yang berusia lima tahun yang mempunyai wajah seperti selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd No0r.

Gambar kanak-kanak bernama Naura Auni itu mendapat perhatian netizen yang kagum melihat persamaan kedua-duanya.

Bahkan, selebriti wanita itu turut memperakui persamaan yang mereka berdua miliki.

“Tengok orang cakap nampak sama, saya pun nampak persamaannya,” kata Neelofa yang mengulangkicau kiriman asal.

Sumber: Sara, Neelofa

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.