Siakap Keli

Dakwa ‘Diracun’ Plasenta Sendiri, Ibu Hampir Mati Diserang Strok Lepas Lahirkan Anak

Seorang ibu mendakwa dia hampir meninggal dunia akibat strok selepas melahirkan kerana terkena jangkitan semasa mengandung.

Dia dikatakan telah di ‘racuni’ oleh plasenta sendiri selepas dijangkiti bakteria yang berbahaya.

Bakteria itu memasuki aliran darahnya hingga menyerang arteri otaknya menyebabkan dia terkena serangan aneurisme otak.

Dia terpaksa melakukan pembedahan kecemasan untuk mengurangkan tekanan pada otaknya kerana ia boleh menyebabkan pembuluh darah membengkak pecah dan mengakibatkan strok.

“Saya didiagnosis berlaku penderahan, saya mempunyai kehamilan biasa selain mempunyai anemia, apabila minggu ke 36 ia berlaku pendarahan yang teruk”, katanya.

Tambahnya lagi, jangkitan yang berlaku keatasnya itu berlaku apabila bakteria berbahaya menyerang aliran darah dan melemahkan dinding arteri. Ini menyebabkan ia lebih mudah terdedah kepada tekanan darah.

“Saya tidak tahu bahawa aneurisme otak boleh disebabkan oleh jangkitan sehingga ia berlaku kepada saya. Saya hanya mahukan orang lain untuk sentiasa membuat ujian jika mereka merasakan sesuatu yang lain.

“Saya perlu pergi untuk mengesan otak setiap enam bulan kerana aneurisme otak masih ada”,katanya.

Doktor memberitahu bahawa dia bernasib baik kerana masih terselamat selepas jatuh dibilik air selepas melahirkan anaknya.

Akibat daripada kesan jatuhnya itu, dia mengalami penderahan yang teruk.

Sumber: Daily Mail

Zetty Amelia

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)