Siakap Keli

(Gambar) Kecoh Myvi Biru Langgar Kereta Orang Awam, Cuba Loloskan Diri Dipercayai Suspek Samun

Kecoh di media sosial beberapa rakaman yang memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipercayai merempuh kenderaan lain.

Ketika kejadian, kereta itu sedang melalui jalan yang agak sesak menyebabkan pemandunya melakukan tindakan yang tidak wajar.

Menurut dakwaan beberapa netizen di laman Twitter, kejadian itu berpunca daripada kejadian kes samun dan penjenayah sedang melarikan diri.

Disebabkan itu, pemandunya bergegas memandu kenderaan itu dan melanggar beberapa kereta orang awam.

Menerusi rakaman yang tular, kelihatan beberapa individu yang menaiki motosikal berusaha mengejar dan menghentikan pemandu kereta Myvi tersebut.

Walau bagaimanapun, suspek dipercayai telah berjaya diberkas oleh orang ramai. Beberapa orang yang berada di tempat kejadian dilihat begitu berang dengan individu berkenaan.

Namun, suspek dipercayai telah dilindungi oleh beberapa orang supaya orang awam tidak melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya kepada suspek.

Menurut satu perbualan Whatsapp yang dikongsikan di laman Twitter, suspek dipercayai telah melanggar sehingga 20 buah kenderaan ketika melarikan diri.

Walau bagaimanapun, punca sebenar kejadian masih belum dapat dikenal pasti.

Sumber: Twitter

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra