Siakap Keli
Gambar: Weibo

Salah Tulis Nama ‘Player’ Bola, Wartawan Dimaafkan Sebab Kecantikannya

Bergelar seorang wartawan bukanlah sesuatu yang mudah. Tanggungjawab yang dipikul untuk menyampaikan sesuatu maklumat dan berita kepada orang ramai perlulah tepat tanpa sebarang kesilapan.

Seperti kejadian yang berlaku kepada seorang wartawan di China, dia telah tersilap melaporkan senarai nama pemain bola sepak kebangsaan. Dalam artikel yang ditulisnya, dia dipercayai tersilap menulis 15 nama daripada 23 pemain yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Bola Sepak EAFF E-1.

Kesalahan itu pada mulanya telah menimbulkan kemarahan rata-rata netizen yang menyedari ralat tersebut. Kemarahan netizen adalah ekoran daripada pengalamannya yang pernah membuat liputan bagi FIFA World Cup 2018 dan Asian Games 2014 tanpa sebarang kesalahan.

Walau bagaimanapun, kritikan terhadap wartawan berkenaan akhirnya kembali reda apabila netizen melihat gambar-gambar gadis tersebut. Rata-rata netizen sangat mengagumi kecantikan wartawan itu dengan gambar dirinya mengenakan gaun berwarna merah jambu.

Gambar: Weibo
Gambar: Weibo

“Aku dilamun cinta”

“Memiliki wanita cantik yang salah mengeja nama anda adalah kehormatan seumur hidup untuk pemain bola sepak kebangsaan kami”

“Maafkan dia, kita perlu maafkannya atas kesilapannya”

Walaupun kesalahan wartawan itu telah diterima oleh masyarakat tempatan, syarikat itu telah menurunkan pangkat gadis tersebut kepada ‘wartawan pelatih’.

Sumber: Asia One

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra