Siakap Keli
Gambar : Mirror UK

Sekurang-Kurangnya Seorang Maut, 25 Cedera Dalam Letupan Di Jerman

Berlin : Sekurang-kurangnya seorang maut manakala 25 lagi cedera dalam satu insiden letupan di bandar Blankenburg yang terletak di timur Jerman, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik laporan agensi rasmi DPA pada Jumaat.

Seorang jurucakap polis berkata satu mayat telah ditemui di dalam bangunan kediaman di mana letupan itu berlaku.

Terdahulu, polis Magdeburg memaklumkan di Twitter bahawa sekurang-kurangnya 25 orang cedera dalam insiden letupan itu dengan beberapa mangsa dalam keadaan kritikal.

Letupan itu berlaku pada pukul 8.55 pagi waktu tempatan (0755GMT) di sebuah pangsapuri lima tingkat di Jalan Bertolt Brecht.

Punca letupan belum diketahui.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.