Bagi menghargai ejen penghantar barang, seorang wanita telah berkongsi rezeki dengan meletak minuman dan makanan ringan di hadapan pintu rumah.
Perkara tersebut telah dilakukan oleh wanita itu sejak empat tahun yang lalu.
“Saya akan letak beberapa makanan dan minuman seperti air, biskut, makanan ringan serta memberi nota ringkas kerana telah menghantar barang dan memudahkan urusan kami yang berbunyi sila ambil beberapa makanan yang terdapat disini untuk dinikmati sepanjang perjalanan anda”, katanya.
video yang berdurasi 30 saat itu telah dirakam oleh wanita tersebut dengan memaparkan gelagat seorang lelaki gembira apabila menerima beberapa makanan ringan hingga dia menari kegirangan.

Tarian yang dilakukan itu dikatakan tarian kegembiraan yang sering dilakukan oleh lelaki itu sejak berusia tujuh tahun lagi.
Pada hari tersebut, lelaki itu dikatakan lupa untuk membawa makanan dan terkejut apabila tuan rumah menyediakan makanan itu hingga membuatnya gembira.
Posting video yang tular di Facebook itu telah mencecah lebih 11 juta tontonan.
Posted by Kathy Ouma on Tuesday, 3 December 2019