Siakap Keli
Gambar: SCMP

(Video) Anak Kecil Cacat Penglihatan Nyanyi Lagu Atasi Takut Jadi Perhatian Dunia

Bagi sesetengah orang, mendapatkan rawatan di hospital merupakan satu ketakutan yang ingin dielakkan. Begitulah yang dialami oleh gadis berumur lapan tahun yang mengalami ketakutan ketika diberikan rawatan oleh pegawai perubatan.

Dilahirkan dalam keadaan buta, seorang gadis menarik perhatian dunia apabila dia menyanyikan lagu untuk mengatasi ketakutannya.

Menurut laporan media, gadis ini sering mengunjungi hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan. Setiap kali rawatan diberikan, dia akan menyanyikan lagu “Scars To Your Beautiful” nyanyian asal Alessia Cara.

Mendendangkan lagu kegemarannya itu dianggap sebagai salah satu terapi bagi mengurangkan ketakutan dalam diri gadis berkenaan. Menerusi video berkenaan, salah seorang daripada petugas meminta gadis ini untuk menyanyikan lagu tersebut.

Pada awal nyanyiannya, suaranya masih bergetar kerana masih diselubungi ketakutan. Selepas beberapa ketika, gadis ini dapat menyanyikan lagu tersebut dengan baik dan berjaya mengatasi ketakutannya.

Gadis yang dikenali dengan nama Evie merupakan seorang gadis China yang dibesarkan oleh pasangan Amerika ketika dia berumur empat tahun. Rakaman Evie menyanyi untuk mengatasi ketakutannya telah menjadi perhatian dunia yang rata-ratanya tersentuh dengan semangat anak kecil ini.

“Saya tak dapat berhenti menangis, suaranya sangat menyentuh hati. Dia dalam doa saya”

“Kamu sangat cantik dan tuhan kurniakan kamu suara yang sangat lunak. teruskan menyanyi”

“Suara anda sangat menyentuh hati saya”

Sumber: SCMP

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra