Siakap Keli

(Video) Gadis Kecil Tunduk Hormat Pada Pemandu, Lepas Bagi Laluan Untuk Melintas

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Itulah pepatah yang sesuai digunakan kepada ibu bapa yang ingin memastikan anak mereka membesar dengan nilai yang positif. Nilai murni seperti menghormati dan menghargai orang lain perlulah diterapkan diri setiap anak kecil.

Seperti satu video yang tular di laman sosial, seorang kanak-kanak perempuan telah mencuri hati dunia setelah mempamerkan nilai yang sangat positif. Ketika dia diiringi oleh dua orang dewasa dipercayai ibu bapanya, gadis kecil ini telah menunjukkan aksi yang patut dibanggakan.

Menerusi video tersebut, gadis itu dilihat menundukkan badannya ke arah kereta yang berhenti untuk memberi laluan kepadanya melintas. Ketika beberapa langkah dihadapan, gadis berkenaan berpusing ke arah kereta tersebut dan terus menundukkan badannya.

Reaksi spontan yang dipamerkan oleh gadis berkenaan dipercayai sebagai simbolik ucapan terima kasih kepada pemandu tersebut. Tersentuh dengan aksi daripada gadis berkenaan, Mr Huang, pemandu kereta terbabit telah berkongsikan video itu di laman sosial.

Sikap yang dipamerkan oleh gadis berkenaan telah memperlihatkan kepribadiannya yang telah dipupuk sejak kecil lagi. Sememangnya, sikap seperti itu sangatlah dituntut dalam semua sejenak masyarakat dunia.

Sumber: CGTN

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.