Siakap Keli

(Video) Gigih Nak ‘Bank-In’ Duit Dekat Anak, Ibu Terbabas Koma Dua Tahun

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah perumpamaan bagi menggambarkan keperitan yang dilalui oleh seorang gadis yang menjaga ibunya, yang terlantar koma sejak dua tahun lalu.

Gadis tabah, Nur Farah Shakylla, anak ke 4 dari 9 beradik, sanggup meninggalkan kerjaya di sebuah firma swasta di Kuala Lumpur demi memberi tumpuan sepenuhnya pada ibu tersayang di Kampung Simpul Berlubang, Machang, Kelantan.

Menurut Farah, ibunya, Noraini Abu Seman, 59 tahun, terbabas ketika menaiki motosikal seorang diri di kampung, sebaik pulang dari sebuah bank untuk membuat transaksi kepada salah seorang adiknya yang belajar disebuah kolej.

Kata doktor, sewaktu menunggang motosikal ibunya berkemungkinan mengalami pitam berpunca akibat penyakit darah tinggi.

Semenjak itu, ibunya hanya terlantar koma dan bergantung dengan susu khas jenama Appeton untuk hidup. Mereka terpaksa menanggung bebanan kos yang tinggi mencecah RM1200 diperlukan sebulan untuk keperluan susu sahaja.

Ikuti perkongsian di bawah..

Machang, Kelantan

Tadi admin singgoh di Kg Simpul Berlubang dekat sini menyantuni keluarga ini..

KAK NORAINI Binti Abu Seman 59 tahun terlantar separa koma sejak 2 tahun lalu selepas terbabas ketika menunggang motosikal bersendirian sebaik pulang dari sebuah bank untuk membuat transaksi kepada salah seorang anaknya yang belajar disebuah kolej.

Bergantung sepenuhnya pada susu khas jenama Appeton seperti disarankan oleh pihak perubatan yang mencecah RM1,200 sebulan (berdasarkan penggunaan 10 tin sebulan)

“Itu hanya kos susu, belum termasuk lampin dan peralatan dressing untuk ma” – kata Nur Farah Shakylla yang kini menjaga sepenuh masa ibunya sejak beliau pulang ke kampung meninggalkan kerjayanya di Kuala Lumpur dua tahun lalu.

Suaminya Ramli Che Ngah pula yang sebelum ini bekerja sebagai buruh binaan, baru2 ini dikejarkan hospital dan dimasukkan ke wad akibat serangan jantung kini tidak lagi dapat keluar mencari rezeki bagi menanggung keluarga termasuk 3 lagi anak yang masih belajar. Pihak JKM turut membantu melalui elaun bulanan sebanyak RM350.

Menurut Shakylla yang merupakan anak ke 4 dari 9 beradik itu, keluarganya kadang terpaksa berjimat pada keperluan dapur bagi memastikan susu khas untuk ibunya tidak terputus bekalan.

SALURKAN SUMBANGAN KE
CIMB BANK 7054 4415 21
diatas nama Nur Farah Shakylla Ramli (Anak)

Tonton video ini :

Sumber: RKDN

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra